Sunday, 27 November 2011

Reflection in November

Refleksi-  Interactive Phonetic Chart for English
 Video ini adalah tentang  mengenali phonics dan grapheme. Oleh itu tidak dapat sabutan yang baik murid-murid  seperti phonics song. Ini kerana video ini tanpa muzik/ lagu. Tetapi, dalam aktiviti kumpulan murid dapat melibatkan diri  secara aktif.


Refleksi - Phonetic Chart
  Didapati murid yang dapat menyebut sound of letter  hanya 80 peratus sahaja. Oleh itu saya akan menjalankan sesi pemulihan untuk pelajar yang lemah dengan menggunakan masa 5 minit sebelum pengajaran dijalankan, murid yang cemerlang akan diberi latihan pengayaan.

Refleksi - Vowels Song
Lagu ini telah berjaya memupuk minat murid dan mereka memberi perhatian sepenuhnya dalam sesi pengajaran ini. Mereka mnegikut lagu menyanyi dan membuat pergerakan, ini dapat mencungkil pemikiran kreativitif dan inovasi mereka. Mereka sangat menikmati dalam sesi pengajaran ini.

Monday, 31 October 2011

Reflection in October

 Refleksi-  Introduction of   ALPHABET 
 Graf ini telah berjaya menarik perhatian murid dan dapat memupuk minat murid dalam sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran . Sesi pengajaran ini  boleh dikatakan berjalan dengan lancar.

 Refleksi- Phonics Song
Lagu ini memang disukai oleh murid-murid dan mereka telah melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran ini. Tetapi kelemahan yang didapati ialah sebelum memainkan lagu ini saya harus memaparkan perkataan yang ada dalam lagu dan meminta murid membaca perkataan - perkataan tersebut supaya pengajaran ini dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Saturday, 1 October 2011

1) Selamat datang ke d20102044944 - Welcome to d20102044944















Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog pengajaran Bahasa Inggeris saya. Blog dibina khusunya untuk memenuhi kriteria pembelajaran saya bagi tugasan TMK KRT3013. Selain daripada itu, pembinaan blog ini juga diharapkan akan dapat membantu meningkatkan prestasi pengajaran saya dalam Bahasa Inggeris. Topik yang saya titikberatkan adalah "phonics". Ini adalah kerana, berdasarkan pengamatan saya dalam dokumen standard KSSR Bahasa Inggeris ini, pengajaran topik "phonics" ini berjalan sepanjang tahun dari masa ke masa. Berdasarkan pengalaman mengajar Bahasa Inggeris saya selama 6 tahun juga mendapati murid-murid lemah dalam sebutan perkataan walaupun mengetahui maksudnya dengan tepat. Oleh itu, saya berharap dengan terbinanya blog ini akan dapat membantu bukan sahaja murid-murid tetapi juga sebagai refleksi bagi memperbaiki segala kelemahan yang wujud sepanjang pengajaran saya.



Welcome to my English Learning Blog.

This is created specially to fulfill criteria for TMK  KRT3013 assignment. Apart from it, this blog hopefully will enable me to increase my teaching in English Language in which I will be emphasize on the topic of phonics. This is because, based on my reading on KSSR English Language Standard Document, phonics is a new topic being introduce and is being teach from time to time throughout the year. Besides, from my six years teaching experiences in English Language, students mainly very poor in pronunciation thus i hope with the creation of this blog will enable me to better not only the students but me my self in teaching.